Nurul Suhaila Bte Mohd Saiful
Sekolah Sukan Singapura
Silat Academy
Kelas 3E

Keberkatan Ramadhan , Kegemilangan Syawal ♥


September 9, 2010 , 11:58 PM

Pada bulan Ramadhan , ramai keluarga akan menuju ke Bazaar Geylang atau Joo Chiat Complex untuk membeli pakaian Hari Raya mereka . Baju kurung dan baju melayu yang dijual di Bazaar dan Joo Chiat Complex memang cantik dan bergaya . Terdapat banyak pakaian Hari Raya yang boleh dibeli dari pilihan-pilihan yang disediakan dan semuanya berwarna-warni ! Walaupun begitu , ia lain sedikit untuk keluarga saya . Pada bulan Ramadhan , keluarga saya telah ke Malaysia untuk mencari pakaian Hari Raya kami . Di Malaysia , terdapat berjenis-jenis pakaian Hari Raya yang menarikkan perhatian . Kami lebih suka membeli pakaian Hari Raya dari Malaysia kerana baju-bajunya jarang dilihat di Singapura , lebih-lebih lagi pakaian perempuan .


Kebaya (Oren) yang dibeli dari Malaysia untuk Hari Raya pada tahun ini :



Saya memilih kebaya ini kerana kainnya sangat unik dan menarikkan perhatian :)