Nurul Suhaila Bte Mohd Saiful
Sekolah Sukan Singapura
Silat Academy
Kelas 3E

Keberkatan Ramadhan , Kegemilangan Syawal ♥


September 8, 2010 , 12:52 PM

Kuih-muih adalah sesuatu yang biasanya dihidangkan pada Hari Raya . Pada setiap bulan Ramadhan , ibu-ibu akan selalunya sibuk dengan membuat kuih-muih yang beranekamacam .


Walaupun sibuk dengan sekolah dan latihan sukan harian , saya akan cuba untuk menolong ibu membuat kuih . Ia agak sukar kerana kuih-muih yang akan disediakan harus dibuat dengan berhati-hati dan penuh kesabaran . Untuk keluarga saya , kami biasanya membuat kuih sehingga larut malam .



Walaupun ia bukan sejenis kuih tradisional melayu , ibu saya tidak akan lupa untuk membuat Gingerbreadman setiap tahun . Ia bukan sahaja digemari oleh saudara-mara saya yang masih kecil lagi , tetapi ia juga digemari oleh orang-orang dewasa .

Sedikit sebanyak kuih-muih yang telah menarik perhatian saya ;


Kuih Marble Pudding adalah satu-satunya kuih yang jarang dibuat . Walaupun begitu , saya amat tertarik dengan warna-warnanya yang aneh .


Salah satu kuih yang digemari oleh saya adalah Kuih Tart . Kuih Tart juga digemari oleh ramai bangsa Melayu kerana isi nenasnya yang manis dan tepungnya yang lembut .

Bukan sahaja ia menyelerakan , tetapi ia juga menambahkan semangat saya untuk beraya !