October 10, 2010
, 12:15 PM
⇨
Hari Raya sudah berakhir . Raya selama sebulan rasanya seperti raya hanya seminggu . Cepat ya , masa berlalu ? Walaupun bulan yang mulia ini telah berakhir , saya tidak akan lupa memori-memori yang akan sentiasa membuat saya senyum dengan lebar . Saya berharap bahawa Hari Raya tahun depan akan datang dengan cepat ! Untuk kali terakhirnya tahun ini ; Selamat Hari Raya , semua !Salam sayang , Nurul Suhaila ♥
October 3, 2010
, 1:04 AM
⇨
Dua minggu sebelum Hari Raya berakhir , saya dan rakan-rakan sesukan saya telah menghadirkan diri untuk Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa 2010 di Kulai , Malaysia . Untuk pertandingan ini , saya telah memenangi pingat emas untuk kategori Tanding - Female Class 'F' dan juga sebuah pingat emas bersama kakak saya , Nurul Shafiqah , untuk kategori Seni - Ganda . Kumpulan Singapura kami juga telah memenangi Juara Keseluruhan untuk kategori Remaja dan juga Dewasa . Alhamdullillah :) Saya amat bersyukur bahawa saya mendapat peluang ini untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini . Saya tentu akan merindui rakan-rakan saya yang telah pergi ke Kulai bersama saya apabila saya balik ke sekolah nanti .
Team Singapore ♥
September 10, 2010
, 12:29 AM
⇨
Hari Raya ; Hari Pertama . Takbir raya pada hari itu sungguh mententeramkan jiwa . Bukan sahaja ia membuat saya terkenang tentang arwah nenek dan datuk saya , tetapi ia juga mengingatkan saya bahawa syawal sudah tiba ! Saya tidak sabar untuk beraya !
September 9, 2010
, 11:58 PM
⇨
Pada bulan Ramadhan , ramai keluarga akan menuju ke Bazaar Geylang atau Joo Chiat Complex untuk membeli pakaian Hari Raya mereka . Baju kurung dan baju melayu yang dijual di Bazaar dan Joo Chiat Complex memang cantik dan bergaya . Terdapat banyak pakaian Hari Raya yang boleh dibeli dari pilihan-pilihan yang disediakan dan semuanya berwarna-warni ! Walaupun begitu , ia lain sedikit untuk keluarga saya . Pada bulan Ramadhan , keluarga saya telah ke Malaysia untuk mencari pakaian Hari Raya kami . Di Malaysia , terdapat berjenis-jenis pakaian Hari Raya yang menarikkan perhatian . Kami lebih suka membeli pakaian Hari Raya dari Malaysia kerana baju-bajunya jarang dilihat di Singapura , lebih-lebih lagi pakaian perempuan . Kebaya (Oren) yang dibeli dari Malaysia untuk Hari Raya pada tahun ini : Saya memilih kebaya ini kerana kainnya sangat unik dan menarikkan perhatian :)
September 8, 2010
, 12:52 PM
⇨
Kuih-muih adalah sesuatu yang biasanya dihidangkan pada Hari Raya . Pada setiap bulan Ramadhan , ibu-ibu akan selalunya sibuk dengan membuat kuih-muih yang beranekamacam . Walaupun sibuk dengan sekolah dan latihan sukan harian , saya akan cuba untuk menolong ibu membuat kuih . Ia agak sukar kerana kuih-muih yang akan disediakan harus dibuat dengan berhati-hati dan penuh kesabaran . Untuk keluarga saya , kami biasanya membuat kuih sehingga larut malam . Walaupun ia bukan sejenis kuih tradisional melayu , ibu saya tidak akan lupa untuk membuat Gingerbreadman setiap tahun . Ia bukan sahaja digemari oleh saudara-mara saya yang masih kecil lagi , tetapi ia juga digemari oleh orang-orang dewasa .
Sedikit sebanyak kuih-muih yang telah menarik perhatian saya ;
Kuih Marble Pudding adalah satu-satunya kuih yang jarang dibuat . Walaupun begitu , saya amat tertarik dengan warna-warnanya yang aneh . Salah satu kuih yang digemari oleh saya adalah Kuih Tart . Kuih Tart juga digemari oleh ramai bangsa Melayu kerana isi nenasnya yang manis dan tepungnya yang lembut . Bukan sahaja ia menyelerakan , tetapi ia juga menambahkan semangat saya untuk beraya !
September 7, 2010
, 11:08 AM
⇨
Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa untuk saya . Bulan Ramadhan adalah waktu untuk refleksi batin , pengabdian kepada Tuhan dan pengendalian diri . Bukan sahaja suasananya yang meriah dan mengembirakan , tetapi ia mengingatkan saya tentang kenangan manis dan juga dari mana saya berasal .
|